Friday, 1 February 2013

Islam juga ada Ayat Jampi!


                   Bermaksud: (1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha         
                   Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. (3) Maha Pemurah lagi
                   Maha Penyayang. (4) Yang menguasai di Hari Pembalasan. (5) Hanya Engkaulah 
                   yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. 
                   (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu Jalan orang-orang yang telah Engkau
                   beri nikmat kepada mereka: Bukan(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula
                   jalan) mereka sesat.

Thursday, 31 January 2013

Apabila Allah swa memanggil Hamba-hambaNya



Sentiasa Berusaha Kearah Nya
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata : Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Sudahkah Kita Beristighfar Hari Ini?


Kalau rezeki dari Allah terlambat,maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezekiNya bagi anda.Kunci syurga adalah sabar.Dan kunci kebaikan adalah taqwa - Ali bin Abi Talib


Selamat beramal,InsyAllah..

Pernahkah kita terfikir akan perihal Solat kita?


Pernah kah kita terfikir akan perihal solat kita?
Betulkah solat yang kita dirikan setiap waktu itu?
 Adakah solat yang kita dirikan itu terpaksa?
Nilai lah solat yang kita dirikan itu setiap masa..
Allah swt suka pada hamba nya yang ingin membetulkan solatnya.
Insyallah, marilah kita sama-sama menbetulkan solat kerna ia adalah tiang agama kita.



Adakah kita ingat pesanan Nabi Muhammad swa!